RSS

Tuesday, July 26, 2011

Jom Kenali Mereka



Bismillahirrahmanirrahim..

Video di atas adalah berkisar tentang antara beberapa drpd sahabat2 Rasulullah s.a.w. yg telah di jamin oleh baginda yg akan dimasukkan ke dalam syurga kelak, Jaminan di beri adalah setimpal dgn kekuatan keimanan & kesungguhan menegakkan kalimah Allah serta sanggup mengorbankan apa saja demi sama ada diri, harta, keluarga, & kemahuan duniawi demi kerana Allah semata.

Berikut adalah nama2 10 org para sahabat yg telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w di akhirat kelak :

1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar Al-Khattab
3. Uthman Bin Affan
4. Ali Bin Abi Talib
5. Thalhah Ubaidillah
6. Zubair Al-Awwam
7. Abdurrahman Bin Auf
8. Saad Bin Abi Waqas
9. Ubaidah Amir Bin Al-Jarrah
10. Said Bin Zaid

Sunday, July 24, 2011

Pesanan Ringkas

24 Julai 2011, 05:51:26 AM

Assalam akhawatfillah, semoga tetap berada dalam kemanisan iman kepada Allah. Semoga setiap dari antum berbahagia di samping keluarga tercinta. Cintai dan doalah keluarga antum kerana mereka menantikan tangan-tangan antum untuk memimpin mereka..hanya seminggu lebih lagi kita semua akan melangkah ke dalam ruh Ramadhan. Bagaimana persiapan menyambutnya? Banyakkanlah tilawah, tahajud, dan zikir padaNya, agar nanti ruh Ramadhan tetap segar & manis meresap ke dalam relung jiwa antum. Berdo'alah pada Allah, semoga urusanmu dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.


Mesej ringkas yg disampaikan namun penuh dengan makna yg mendalam..

"Dan Dia (Allah) yg mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia MAha Perkasa Maha Bijaksana" [Al-Anfal : 63]

Jazakillah ya ukhti..

Friday, July 22, 2011

Forum Istimewa..

Bismillahirrahimanirrahim..

Alhamdulillah, semalam selamat tiba di rumah kakak setelah hampir 2 minggu tinggal di surau & 1 minggu menumpang bilik kawan..huhu.. itu pun setelah di minta keluar oleh pihak berkuasa dari surau.. Ujian-ujian..tpi ana suka, ia ibarat mewarnai lagi hidup ana..hehe..
Sepanjang 3 minggu bercuti di kampus, macam2 perkara yg berlaku, pelbagai program telah berjaya dilangsungkan & insyaAllah moga ia mampu memberi pelajaran & manfaat utk diri sendiri..emm, antara perkara yang ingin di kongsi ialah

Wacana Tarbawi Bersama NAIB MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN


Segala puji bagi Allah SWT yg berkuasa dalam menahan & memberi rezeki kpd siapa yg dikehendaki.. Dengan izinNya, ana diantara ratusan insan yg turut sama menghadiri forum bersama Syeikh Jum'ah Amin, Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin (IM). Beliau mengenali Hasan Al-Banna, pengasas IM sewaktu berusia 15 tahun. Dikalangan audience tidak kira usia tua & muda, pelbagai bangsa malah turut hadir mereka yang dari luar negara, semata-mata mahu melihat tokoh Islam dunia Arab yg masih lagi muda hatinya wpun zahir nampak tua. Kesempatan waktu yg diberi selama hampir 3 jam tidak disia2kan bagi mereka yang mengenali Ikhwanul Muslimin kerana ini boleh dikatakan peluang keemasan utk melihat sendiri pemimpin yang berpengalaman dalam menarbiyah masyarakat umumnya. Suka ana utk berkongsi inti pati yang diperoleh drpd forum ini.

Di awal kalamnya,beliau mengatakan betapa bahagianya beliau bertemu dgn manusia yg berlainan negara namun bertemu atas dasar 1 akidah yg sama. Ia mengingatkan beliau akan masyarakat Islam yg pertama iaitu Abu Bakar dari kaum Quraisy, Salman dari Parsi, & Bilal dari Habsyah. Mereka adalah para sahabat yg dipertemukan oleh Allah hanya kerana mereka memperjuangkan akidah yg sama.Islam itu tidak akan tertegak secara individu, namun ia bergerak secara berjemaah & syumul. Di sentuh juga tentang kondisi Mesir sewaktu Imam Syahid Hasan Al-Banna (HAB) masih hidup, ramai di antara mereka yg melakukan pelbagai jenis ibadah, namun tiada satu pun gerakan yang bangkit memerdekakan negara. Sekolah2 yang ada tidak membina masyarakat & tidak berkualiti serta ajaran mengkristiankan manusia berleluasa. Dengan keadaan begitu teruk, HAB mengambil langkah dalam mendidik setiap individu & melahirkan mereka yg sanggup utk mengubah diri mereka sendiri. Jadilah hamba2 Allah yg mengabdikan diri pada Allah sblm mnjadi pemimpin. Ia juga menekankan amalan2 sunat Rasulullah seperti beristighfar 70-100x setiap hari,Qiyam sekurang-kurangnya 2 rakaat, & membasahi lidah dgn zikir ma'tsur. Ia adalah langkah dalam rangka membina peribadi generasi rabbani & iklhas.

Kunci utama sesuatu kejayaam yg diredhai ialah kedekatan hati seorang hamba kpd Penciptanya. Saudara ukhuwwah adalah iman, HAB memenangi hati manusia dgn kasih sayang yg dicurahkan. Mengurangkan kata2 namun memperbanyakkan amalan. Impiannya adalah ingin membangunkan masyarakat yg banyak sujud kepada Allah SWT.Dan antara kata2 terakhir sebelum beliau menutup perbicaraan, Syeikh Jum'ah Amin berpesan :

"Janganlah kamu bakhil dengan masa & harta kamu utk Allah, janganlah sampai nanti kamu akan digantikan dgn kaum yg lain. Tanda cinta Allah pada hambaNya adalah Allah akan tunjukkan padanya taufik hidayah.."

* itu adalah mgkin sbhgn isi yg dapat ditangkap oleh ana sewaktu forum ini berlangsung. Jika ingin maklumat lebih lanjut, boleh dpatkan rakaman video di youtube. OK..! (^^,)


Wallahu'alam


*Credit utk k.Nuri, K.Asifah, K.Kinah, K.Ummu, K.Ummi, & diri sendiri..hehe..

Thursday, July 21, 2011

Ogos 2000 - #1

Tepat jam 3 petang, kelihatan kelibat lelaki yang berumur 40-an mengandang beg galas yang miripnya seakan beg askar menghala pulang menuju ke rumahnya yang tercinta. Hampir dua minggu dia meninggalkan anak2 & isterinya demi melaksanakan tanggungjawab & amanah yang di terima. Keringat mukanya yang kelihatan penat hilang setelah anak bongsunya,'Aisyah yg berumur hampir 10 tahun.

“Ayahhh…!!!” jerit ‘Aisyah yang kegembiraan setelah melihat ayah kesayangannya pulang berpakaian kemas dgn uniformnya. Di peluk ayahnya sekuat hati ibarat melepaskan segala beban rindu yang ditanggung semasa ketiadaan ayahnya di rumah. Laungan & pelukan di sambut erat oleh sang ayah yg juga merindui satu2 anak perempuannya di dunia ini. Di cium pipinya tanda sayang yang teramat & terpancar kasih seorang ayah yang sebelum ini jarang dizahirkan.

Setelah seketika, ‘Aisyah melihat ayahnya sedang berehat sambil diselubungi rapat dgn selimut & kedengaran juga suara yg mengerang kesakitan. Namanya di panggil oleh sang ayah & meminta supaya menghubungi sahabat baiknya. Setelah beberapa kali mencuba, ‘Aisyah gagal menghubungi sahabat ayahnya itu. Melihat keadaan ayahnya yang semakin kurang stabil, di cari ibunya untuk meminta bantuan. Setelah mendapati ibunya, yang juga berada di luar utk mencari nafkah lebih, di bawa sang ayah ke hospital dalam keadaan yg sgt lemah. ‘Aisyah hanya mampu melihat tanpa memahami apa yg sedang berlaku & dirasakan oleh ayahnya waktu itu.

Setelah pemeriksaan dari pihak hospital, ayah ‘Aisyah di tahan di wad & tidak dibenarkan pulang. Hari berganti hari, ‘Aisyah terpaksa tinggal di hospital utk beberapa malam bergilir2 dgn ibunya demi menjaga & menemani ayah. Abang2nya pula berperanan menjaga keselamatan di rumah. Setelah mendengar nasihat doktor, ayah ‘Aisyah di bawa ke hospital besar di pusat bandar utk dapatkan pemeriksaan & rawatan dari doktor yg lebih pakar. Hasil dari pemeriksaan, sang ayah dinasihatkan utk mendapatkan rawatan pembedahan dgn segera. Ayah diam seribu bahasa, ibu bingung kerana sgt khuatir akan kehilangan ayah jika pembedahan tersebut tidak berjaya. Ahli keluarga dipanggil utk mendapatkan persetujuan, majoriti menolak rawatan pembedahan kerana bimbang akan keselamatan ayah memandangkan kawasan yg ingin di bedah adalah tempat yg dianggap sangat sensitif oleh mereka iaitu pada bahagian otak. Keputusan tersebut menambahkan bebanan kesakitan ditanggung oleh sang ayah.

Pada suatu hari, si ayah memanggil anak kesayangannya & meminta anaknya naik di atas katil di hospital. Sepertinya ingin menyampaikan sedikit pesanan. ‘Aisyah yg masih belum memahami keadaan yg sebenar hanya patuh menuruti kata2 ayahnya. Ayahnya meminta ‘Aisyah memicit badan2nya & di samping itu ayahnya berbicara halus.

“Dik, nanti belajar rajin2 ya…sampai ke menara gading…jaga ibu baik2..jaga makan minum,jangan mudah berkongsi air dgn org yang kita x kenal..” tutur sang ayah mengingatkan anaknya. ‘Aisyah hanya tersengih sedangkan gigi depannya telah patah akibat kenakalan anak tersebut.

Beberapa hari kemudian, keadaan tiba2 menjadi kecoh, ahli keluarga di panggil utk berkumpul. Bacaan yasin berkumandang di wad yang di huni ayah ‘Aisyah. Ayahnya tidak lagi mampu bercakap, kedengaran satu suara yg garau keluar masuk dari mulut sang ayah. Bunyi itu adalah hasil daripada tarikan nafas ayah, ada sesuatu yg menghalang kemasukan oksigen ke liang paru2nya. Doktor & pembantunya cuba sedaya upaya mengeluarkan benda yang menutupi liang pernafasan tersebut. Jika di lihat aksi mereka ketika itu seperti menambahkan lagi kesakitan ayah. Tiub yang panjang dimasukkan ke dalam kerongkong ayah utk mengeluarkan benda yg kelihatan seperti cairan kahak. Setelah dilakukan berkali2, adik kepada ayah meminta doktor menghentikan perbuatan tersebut kerana kelihatannya kurang membantu & merasakan lebih menyakitkan ayah.




Doktor akur dgn permintaan adik ayah. Bacaan yasin terus berkumandang, ‘Aisyah hanya melihat di sisi. Ibunya hampir2 pengsan melihat kondisi ayahnya namun di tenangkan oleh mak saudara ‘Aisyah. Kemudian datuk ‘Aisyah memanggil adik beradik ‘Aisyah & diminta utk mengajarkan ayahnya mengucap dua kalimah syahadah termasuklah dirinya sendiri. Seperti biasa, ‘Aisyah menuruti arahan yang di beri walaupun dia masih di awang-awangan kerana dia masih belum mampu untuk memahami. Beberapa minit kemudian, mesin yang mengesan denyutan jantung berbunyi senada & panjang. Doktor pantas menekan di bahagian dada ayahnya dgn harapan dapat membantu. Namun setelah beberapa kali percubaan., tiada lagi kedengaran dengusan nafas si ayah. Dengusan itu diganti dengan esakan ahli keuarga yang tercinta. Ibu, kekasih hati ayah hilang pertimbangan & terus tidak sedarkan diri setelah menerima berita yang paling ditakutinya. Keadaan tersebut menambahkan lagi kerunsingan ahli keluarga yg lain. ‘Aisyah masih memandang kaku wajah ayahnya, bibirnya terkunci rapat, kelopak matanya mula terisi dgn air yg entah dari mana datangnya. Terasa satu suasana yang sangat asing dalam hidupnya. Tanpa di sedari, pipinya dibasahi dgn air mata yang jatuh bercucuran tanpa henti. Kedengaran tangisan halus 'Aisyah & teresak-esak seperti menangisnya anak kecil yg kehilangan barang yg paling disayanginya....


akan bersambung..insyaAllah.

Tuesday, July 12, 2011

Sejenak..


Melihat kondisi umat yang semakin sakit dgn penyakit wahn, kadang2 diri terpanggil utk menghulurkan bantuan mengubatinya. Namun,keinginan hanya tinggal keinginan jika iman di hati masih lagi belum utuh dgn Allah yg Esa..

Ya Allah..
perbaikilah akhlaqku dgn mendekatkan hatiku padaMu
(keluhan hatiku)

Monday, July 4, 2011

Mencari hati Yang Hilang..

Hati yang dimiliki manusia merupakan anugerah yang sangat istimewa sehingga ia tidak diberikan pada makhluk yang lain. Sifatnya yg sering berubah menjadikan manusia sukar utk mengawalnya. Kadang2 ia bersifat selembut sutera, kadang2 kekerasannya melebihi batu..Namun hati seorang dai' berbeza dgn hati manusia biasa.

Hati seorang dai' itu sangat sensitif dengan maksiat yang dilakukan jasad. Walaupun dengan hanya sekadar pandangan, ia mampu menghilangkan daya ingatan @ hafalan yg mantap. Tidak cukup setakat itu, serangan halus dari syaitan tidak terlepas dari menggoda seorang dai' untuk tinggalkan jalan yang sedang di lalui. Kesempatan yang ada tidak di lepaskan begitu sahaja tatkala iman seseorang sedang futur. Kadang2 dugaan & ujian yang datang, nyaris mempersalahkan dakwah itu sendiri. Na'uzubillahi min zalik.

Wahai hati2 orang yang sentiasa menyeru kepada Allah, tatkala dirimu dalam kegelisahan, mohonlah keampunan sebenar2 ampunan dari Allah. Mohonlah diberikan petunjuk ke jalan yang benar. Ambillah masa sejenak memikirkan apa yang telah kamu lakukan. Hisablah dirimu, hatimu, lisanmu, sikapmu, perbuatanmu.. Adakah pernah melakukan sesuatu yang kurang elok.. Wahai hati2 mereka yg bergelar dai', janganlah pernah merasakan dirimu lebih hebat dari orang lain. Janganlah pernah merasakan dirimulah yang paling banyak berbuat. Janganlah kamu merasakan kamu adalah orang yang paling soleh. Janganlah pernah merasakan hatimu lebih mulia kerana tarbiyah, kerana perkataan tarbiyah tidak berguna jika dirimu menyimpang apa yang dituntut. Janganlah kamu jadikan pakaian sebagai jaminan untuk selamat dari api neraka, kerana sebaik2 pakaian disisi Allah ialah TAQWA.Janganlah kamu pernah merasakan kamulah orang paling banyak berbakti dikalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Meneliti apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahirkan, & apa yang kamu sembunyikan.

"Dan katakanlah, ' Bekerjalah kamu, maka Allah lihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya & org2 mukmin, dan kamu akan dikembalikan kpd (Allah) Yg Maha Mengetahui Yg Ghaib dan Yg Nyata, lalu diberitakanNya kpd kamu apa yg telah kamu kerjakan. " [9:105]

Wahai hati2 yang dipilih oleh Allah,ketahuilah bahawa jalan dakwah itu sangat panjang & berliku, namun ia penuh barakah dari Allah SWT. Yakinlah bahawa jalan yang dilalui adalah jalan para nabi yang menyeru kepada Allah. Tiada jalan mudah untuk dapatkan ganjaran yang dijanjikan Allah. Ya..Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis..
Maka bersyukurlah hatimu yang dipilih, janganlah sesekali berpaling darinya walau setinggi mana pun ujian yang diterima. Bersangkalah baik pada Allah kerana Dia ingin hadiahkan padamu taman syurga yang menjadi idaman umat yang beriman. Jauhilah menghukum keras dirimu yang pernah melakukan kesilapan, berilah peluang padanya utk berbakti selagi nikmat nyawa belum di tarik. Jagalah imanmu dgn sebaik2nya kerana iman adalah sahabat hati yang terbaik.. Ikatkanlah ia dgn doa dari Allah. Semoga Allah tsabatkan hati2 ini dgn kekuatan iman & hati yg ikhlas berbuat kerana-Nya.. Amin..

Thursday, June 23, 2011

Tsabat Memenangkan Dakwah



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

‘Tsabat’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran.

Ia merupakan benteng bagi seorang aktivis dakwah sehingga ia memiliki daya tahan dan pantang menyerah terhadap berbagai perkara yang merintanginya sehingga ia mendapatkan cita-citanya atau mati dalam keadaan mulia kerana tetap konsisten di jalanNya.

Dalam ‘Majmu’atur Rasaail’, Imam Hasan Al Banna menjelaskan bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tsabat’ adalah orang yang sentiasa bekerja dan berjuang di jalan dakwah yang amat panjang sehingga ia kembali kepada Allah swt dengan kemenangan, samada kemenangan di dunia ataupun mati syahid.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah swt. maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya”. (QS Al Ahzab : 23)

Sesungguhnya jalan dakwah yang kita lalui ini adalah jalan yang bukan mudah bahkan ianya adalah jalan yang :

1.Jauh.
2.Panjang.
3.Penuh liku.
4.Ditaburi dengan halangan dan rintangan, rayuan dan godaan.
Oleh kerana itu dakwah ini sangat memerlukan orang-orang yang memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tinggi nilainya iaitu orang-orang yang :

1.Berjiwa ikhlas.
2.Profesional dalam bekerja.
3.Berjuang dan beramal.
4.Tahan akan berbagai tekanan.
sehingga dengan modal itu mereka akan sampai pada harapan dan cita-citanya.

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan. Akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir yang memerlukan pertolongan dan orang-orang yang meminta-minta dan memerdekakan hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji dan orang-orang yang bersabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. (QS Al Baqarah : 177)

Di samping itu, dakwah ini juga sentiasa menghadapi musuh-musuhnya di setiap masa dan zaman sesuai dengan keadaannya masing-masing. Tentulah musuh-musuh ini sangat tidak menginginkan dakwah ini tumbuh dan berkembang sehingga mereka berusaha untuk memangkas pertumbuhan dakwah atau mematikannya kerana dengan tumbuhnya dakwah, ianya akan bertentangan dengan kepentingan hidup mereka.

Oleh kerana itu, dakwah ini memerlukan pemikulnya yang berjiwa teguh menghadapi perjalanan yang panjang dan penuh liku-liku serta musuh-musuhnya. Merekalah orang-orang yang mempunyai ketahanan daya juang yang kukuh.

Kita boleh melihat keteguhan Rasulullah saw ketika baginda mendapatkan tawaran yang menggiurkan untuk meninggalkan dakwah Islam tentunya dengan imbalan kekuasaan, kekayaan atau wanita namun dengan tegar beliau bersifat tegas dan berkata dengan ungkapan penuh keyakinannya kepada Allah swt :

‘Demi Allah, wahai bapa saudaraku, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini. Niscaya tidak akan aku tinggalkan urusan ini sehingga Allah swt memenangkan dakwah ini atau aku binasa kerananya’.

Demikian juga para sahabatnya ketika menghadapi ujian dan cubaan dakwah, mereka tidak pernah berkurang sedikit pun langkah dan jiwanya malah semakin mantap komitmen mereka pada jalan Islam ini.

Ka’ab bin Malik pernah ditawarkan oleh Raja Ghassan untuk menetap di wilayahnya dan mendapatkan kedudukan yang menggiurkan. Tapi semua itu ditolaknya kerana perkara itu justeru akan menimbulkan mudharat yang jauh lebih besar lagi.

Kita dapat juga saksikan peristiwa yang menimpa umat Islam pada masa Khalifah Al Mu’tashim Billah tentang fitnah dan ujian ‘Khalqul Qur’an’. Imam Ahmad bin Hanbal sangat tegar menghadapi ujian tersebut dengan tegas ia menyatakan bahwa Al Qur’an adalah kalamullah, BUKAN makhluk sebagaimana yang didoktrin oleh Khalifah. Dengan tuduhan sesat dan menyesatkan kaum muslimin, Imam Ahmad bin Hanbal menerima penjara dan hukuman rotan. Dengan keteguhan beliaulah, kaum muslimin dapat diselamatkan aqidah mereka dari kesesatan.

Begitu pula kita merasakan ketegaran Imam Hasan Al Banna dalam menghadapi tribulasi dakwahnya. Ia terus bersabar dan bertahan. Meskipun akhirnya ia pun menemui Rabbnya dengan tembakan senjata api.

Tidak lupa juga dengan Sayyid Qutb yang menerima hukuman mati dengan jiwa yang lapang lantaran aqidah dan menguatkan sikapnya berhadapan dengan tiang gantung. Beliau dengan yakin menyatakan kepada saudara perempuannya :

‘Duhai saudaraku, semoga kita boleh berjumpa di depan pintu syurga kelak’.

Namun dalam masa yang sama, tidak sedikit aktivis dakwah yang kendur daya tahannya.

Ada yang berguguran kerana tekanan material dan tergoda oleh rayuan harta benda. Setelah mendapatkan kenderaan mewah, rumah megah dan sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya ia membuatkan semangat dakwahnya luntur. Bahkan ia akhirnya sangat haus dan rakus pada harta benda duniawi yang fana itu.

Ada pula yang menurun daya juangnya kerana tekanan keluarga. Keluarganya menghendaki sikap hidup yang berbeza dengan nilai dakwah. Keluarganya ingin ia kekal sebagai keluarga kebanyakan masyarakat yang sekular dengan gaya dan ‘style’ nya, sikap dan perilakunya sehingga ia pun mengikuti selera keluarganya.

Ada juga yang tidak tahan kerana tekanan politik yang sangat keras di mana ancaman, kekerasan, hukuman dan penjara sentiasa menghantui dirinya sehingga ia tidak tahan di mana akhirnya ia pun meninggalkan jalan dakwah ini.

Oleh kerana itu, ‘tsabat’ mesti berlandaskan sikap istiqamah pada petunjuk Allah swt. Ia mestilah berpegang teguh pada :

1.Ketaqwaan.
2.Kebenaran hakiki.
serta tidak mudah dipujuk oleh bisikan nafsu dirinya sehingga dirinya kukuh untuk memegang janji dan komitmen pada nilai-nilai kesucian.

Ia tidak memiliki keinginan sedikitpun untuk menyimpang lalu mengikuti kecenderungan yang hina dan tipu muslihat syaitan yang durjana. Sikap ini mesti terus diperkemaskan dengan ‘taujihat’ dan ‘tarbawiyah’ sehingga tetap bersemayam dalam sanubari yang paling dalam. Dengan bekalan itu seorang aktivis dakwah dapat bertahan untuk berada di jalan dakwah ini.

Melalui sikap teguh ini :

1.Perjalanan panjang akan menjadi pendek.
2.Perjalanan yang penuh onak dan duri tidak menjadi hambatan untuk meneruskan langkah-langkah panjangnya.
Bahkan ia dapat melihat kepentingan sikap ‘tsabat’ dalam dakwah.

Adapun kepentingan ‘tsabat’ dalam memikul amanah dakwah ini di antaranya :

PERTAMA : BUKTI JALAN HIDUP YANG BENAR

Jalan hidup ini sangat berbagai bentuk :
1.Ada jalan yang baik ada pula yang buruk.
2.Ada yang menyenangkan ada pula yang menyusahkan.
Sikap ‘tsabat’ menjadi bukti siapa yang benar jalan hidupnya. Mereka berani menghadapi jalan hidup bagaimana keadaan sekalipun selama jalan itu menghantarkan pada kemuliaan meskipun perlu merasakan kepahitan atau kesusahan.

Sikap ‘tsabat’ ini melahirkan keberanian menghadapi realiti hidup. Ia pantang menyesali keadaan dirinya apalagi menyalahkan keadaan. Ia tidak serik atau berputus asa kerana berbagai persoalan yang mengelilinginya.

Malah ia mampu mengendalikan permasalahan dan menemui harapan besar untuk ia raih. Amatlah munasabah perintah Allah swt pada orang yang beriman tatkala menghadapi musuh agar menguatkan jiwa yang tegar dan konsisten pada keyakinannya.

“Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu menghadapi satu pasukan maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”. (QS Al Anfal : 45).

Oleh yang demikian, mereka yang ‘tsabat’ di atas jalan dakwah ini menjadi pilihan hidupnya lantaran ia tahu dan berani menerima kenyataan yang memang perlu ia alami serta muncullah sikap kesatria yang gagah berani meniti jalan hidupnya bersama dakwah ini.

Seorang pujangga yang masyhur, Al Bukhturi dalam baris syairnya ia mengungkapkan bahwa jiwa yang berani hidup dengan menghadapi risiko apapun dan tetap teguh berdiri di atas tapak kakinya adalah ‘nafsun tudhi’u wa himmatun tatawaqqadu’, (jiwa yang menerangi dan cita-cita yang menyala-nyala’) kerana jiwa yang seperti ini menjadi bukti bahwa ia benar dalam mengharungi bahtera hidupnya.

KEDUA : CERMIN KEPERIBADIAN SESEORANG

Sikap ‘tsabat’ membuatkan pemiliknya menjadi tenang di mana ketenangan hati menimbulkan kepercayaan. Kepercayaan menjadi modal utama dalam berinteraksi dengan banyak kalangan. Oleh kerana itu, sikap ‘tsabat’ menjadi cermin keperibadian seorang muslim dan cermin itu berada pada bagaimana sikap dan jiwa seorang mukmin dalam menjalani arah hidupnya dan bagaimana ia menyelesaikan masalah-masalahnya.

Semua orang sangat memerlukan cermin untuk memperbaiki dirinya. Dari cermin, kita dapat mengarahkan sikap salah kepada sikap yang benar. Cermin amat membantu untuk mempermudahkan bagi menemui kelemahan diri sehingga dengan cepat mudah diperbaiki.

Amatlah beruntung bagi diri kita kerana masih ramai orang yang menjual ‘cermin’ agar kita semakin mudah untuk memperbaiki diri. Oleh kerana itulah, Rasulullah saw meletakkan peranan seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya.

Begitu pula, seorang ulama’, memberi hadiah kepada sahabatnya yang diberi amanah kepimpinan sebuah ‘cermin antik’ yang besar. Rupa-rupanya hadiah itu membuatkan sahabatnya itu menangis dan menginsafi diri lalu memahami betul bahwa hadiah ‘cermin antik’ tersebut bukanlah untuk hiasan rumahnya melainkan sebagai usaha nasihat.

Nasihat yang tulus dari ulama’ yang soleh untuk mengingatkan sahabatnya agar dapat memperbaiki diri dalam memikul amanah kepimpinannya.

Begitu juga, sikap ‘tsabat’ adalah cermin bagi setiap mukmin kerana ‘tsabat’ mampu menjadi mesin penggerak jiwa-jiwa yang rapuh di mana ia dapat mengukuhkannya. Tidak sedikit orang yang jiwanya telah mati hidup kembali lantaran mendapatkan tenaga dari sikap ‘tsabat’ seseorang. Ia bagaikan inspirasi yang mengalirkan udara segar terhadap jiwa yang bingung menghadapi segala kepahitan.

Seorang ulama’ mengingatkan kita :

‘Berapa ramai orang yang jiwanya mati menjadi hidup dan jiwa yang hidup menjadi layu disebabkan keadaan daya tahan yang dimiliki oleh seseorang’.

Maka, di sinilah fungsi dan peranan ‘tsabat’ yang cukup penting.

KETIGA : USAHA UNTUK MENUJU KEMENANGAN DAN KEJAYAAN

Setiap kemenangan dan kejayaan memerlukan sikap ‘tsabat’ dan istiqamah dalam mengharungi aneka ragam bentuk kehidupan. Sudah tentu tidak akan ada kemenangan dan kejayaan secara percuma. Ia hanya akan dapat dicapai apabila kita memiliki pra-syaratnya iaitu sikap tetap istiqamah menjalani kehidupan ini.

Seorang murabbi mengingatkan mutarabbinya dengan mengatakan :

‘Peliharalah keteguhan hatimu, kerana ia bentengmu yang sesungguhnya. Barang siapa yang memperkukuhkan bentengnya niscaya ia tidak akan goyah oleh badai walau sekencang manapun dan ini menjadi pengamanmu’.

Begitulah nasihat ramai ulama’ kita yang mengingatkan agar kita berusaha secara maksima bagi mengukuhkan kekuatan hati dan keteguhan jiwa agar mendapatkan cita-cita kita.

Begitu juga jika kita meneliti terhadap jalan dakwah. Kegemilangan jalan suci ini hanya dapat diraih dari sikap konsisten terhadap prinsip dakwah ini yang tidak mudah berubah kerana tarikan-tarikan kepentingan yang mengarah pada kecenderungan duniawi.

Tanpa sikap ‘tsabat’, seseorang aktivis dakwah itu akan terseret pada putaran kehancuran dan kerugian dunia dan akhirat.

“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami. Dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat hatimu niscaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu siksaan berlipat ganda di dunia ini dan begitu pula siksaan berlipat pula sesudah mati dan kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun terhadap Kami”. (QS Al Isra’ : 73 – 75)

Sikap ini menjadi daya tahan terhadap gegaran apapun dan dari sanalah ia mencapai kejayaannya sebagaimana yang diingatkan oelh Rasulullah saw kepada Khabbab bin Al ‘Arats agar tetap bersabar dan berjiwa tegar menghadapi ujian dakwah ini bukan dengan sikap yang tergesa-gesa apalagi dengan sikap yang menginginkan jalan dakwah ini tanpa sebarang halangan dan rintangan.

KEEMPAT : JALAN UNTUK MENCAPAI SASARAN

Untuk mencapai sasaran hidup yang dikehendaki, tidak ada jalan lain kecuali dengan bermodalkan ‘tsabat’. Teguh meniti jalan yang sedang dilaluinya, meskipun perlahan-lahan.

Tidak tertarik untuk melencong sedikit pun atau sesekali melainkan mereka lakukan terus-menerus meniti jalannya dengan sikap tetap istiqamah.

Bahkan dalam dunia penglipur lara dikisahkan kura-kura mampu mengalahkan kancil untuk mencapai suatu tempat. Kura-kura meskipun berjalan perlahan-lahan namun akhirnya mampu menghantarkan dirinya pada tempat yang dituju.

Ibnu ‘Athaillah As Sakandary menasihatkan muridnya untuk sentiasa tekun dalam beramal agar meraih harapannya dan tidak cepat merasa letih atau putus asa untuk mendapatkan hasilnya.

‘Barang siapa yang menggali telaga lalu berpindah pada tempat yang lain untuk menggali lagi dan seterusnya berpindah lagi maka selamanya ia tidak akan menemui air dari lubang yang ia gali. Tapi bila kamu telah menggali lubang, galilah terus hingga kamu dapatkan air darinya meskipun amat meletihkan’. (Disunting dari ‘Kitab Tajul ‘Arus’)

Oleh yang demikian, ketekunan dan kesabaran menjadi alat bantu untuk mencapai cita-cita dan harapan yang dikehendakinya dan kedua-dua sifat itu adalah merupakan pancaran sikap ‘tsabat’ seseorang.

‘Tsabat’ meliputi beberapa aspek :

Pertama : Teguh terhadap agama Allah swt.

Keteguhan pada masalah ini dengan tidak menanggalkan agama ini dari dirinya walaupun kematian menjadi ancamannya. Ini sebagaimana wasiat yang sentiasa dikumandangkan oleh Khatib Juma’at agar sentiasa menjaga keimanan dan ketaqwaan sehingga mati dalam keadaan muslim.

Ini juga yang menjadi wasiat para Nabi kepada keturunannya.

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya. Demikian pula Ya’qub. ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu. Maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”. (QS Al Baqarah : 132)

Wasiat ini untuk menjadi amaran kepada pada kaum muslimin agar tetap memelihara imannya. Jangan mudah tergiur oleh kesenangan dunia lalu :

1.Mengganti keyakinannya dengan yang lain.
2.Menjual agamanya dengan harga yang murah.
3.Menukar prinsip hidupnya dengan tarikan dunia.
4.Mengganti aqidahnya dengan secebis kariernya.

Kedua : Tetap komited pada agama Allah swt.

Ini berlaku samada dalam ketaatan mahupun ketika menerima kenyataan hidup. Ia tidak mengeluh atas apa yang menimpa dirinya malah tetap tegar menghadapinya. Bangunan komitmennya tidak pernah pudar oleh kenyataan pahit yang dirasakannya. Keluhan dan penyesalan bukanlah sebuah penyelesaiaan malah akan menambah bebanan hidup.

Oleh kerana itu, keteguhan dan kesabaran menjadi modal untuk menghadapi seluruh permasalahannya.

Mereka yang menjaga komitmennya pada ajaran Allah sentiasa memandang bahwa apa sahaja yang diberikanNya adalah sesuatu yang baik bagi dirinya.

Persepsi ini tidak akan membuatkan ia goyah menghadapi pengalaman sepahit atau segetir manapun malah berkemungkinan ia mampu merubahnya menjadi suatu kenangan manis yang patut diabadikan dalam kumpulan album kehidupannya kerana segala pengalaman pahit itu, apabila mampu diatasi dengan sikap tegar maka ia akan menjadi bahan nostalgia yang amat mahal.

Ketiga : Teguh pada prinsip dakwah.

Ia menjadikan prinsip-prinsip dakwah itu sebagai petunjuk-petunjuk jalan dalam memberikan khidmatnya kepada tugas yang agung ini serta mengutamakan dakwah di atas aktiviti lainnya sehingga mampu memberikan sumbangannya di atas jalan ini tanpa kenal erti penat lelah.

Ia sentiasa terkehadapan dalam usaha pembelaan terhadap dakwah walaupun harus menderita kerana sikapnya. Ketenangan dan kegusaran hatinya sentiasa dikaitkan dengan nasib dakwah. Ia tidak akan merasa nyaman apabila dakwah berada dalam ancaman.

Oleh kerana itu, ia berusaha untuk sentiasa berdisiplin pada prinsip dakwah ini kerana ia faham bahwa berubahnya ia dari prinsip ini akan memberi akibat yang merbahaya bagi dakwah dan masa depan umat. Perhatikanlah peristiwa Uhud, Bir Ma’unah dan lainnya di mana peristiwa yang amat memilukan dalam sejarah dakwah tersebut di antaranya disebabkan oleh kurangnya disiplin aktivis dakwah pada prinsip dan petunjuk dakwah.

KELIMA : HARGA DIRI SEORANG AKTIVIS DAKWAH

Ketika ini kita memasuki era di mana halangan dan peluang sama-sama terbuka. Kita mungkin binasa lantaran tidak tahan menghadapi tentangan atau mungkin berjaya kerana mampu membuka pintu peluang seluas-luasnya.

Oleh kerana itu kita dituntut untuk bersikap ‘tsabat’ dalam keadaan dan situasi apapun samada senang atau susah, sempit ataupun lapang. Tidak pernah tergoda oleh bisikan-bisikan kemewahan dan gemerlapan dunia lalu tertarik padanya dan lari dari jalan dakwah.

‘Tsabat’ tidak mengenal waktu dan tempat, di mana dan bila sekalipun. Kita tetap mesti menjunjung misi dan visi dakwah kita yang suci ini untuk menyelamatkan umat manusia dari kehinaan dan kemudaratan. Dengan jiwa ‘tsabat’ inilah aktivis dakwah memiliki harga diri pada pandangan Allah swt mahupun di mata musuh-musuhnya. Melalui sikap ini seorang aktivis dakwah lebih istimewa daripada kebanyakan orang lain dan ia menjadi citra yang tidak ternilai harganya.

Imam Hasan Al Banna menegaskan :

‘Janganlah kamu merasa rendah diri, lalu kamu samakan dirimu dengan orang lain. Atau kamu tempuh dalam dakwah ini jalan yang bukan jalan kaum mukminin. Atau kamu bandingkan dakwahmu yang cahayanya diambil dari cahaya Allah dan manhajnya diserap dari sunnah RasulNya dengan dakwah-dakwah lainnya yang terbentuk oleh berbagai kepentingan lalu hilang begitu sahaja dengan berlalunya waktu dan terjadinya berbagai peristiwa. Kuncinya adalah ‘Tsabat’ dalam jalan dakwah ini’.

Kalau begitu, bagaimanakah bangunan ‘tsabat’ yang kita miliki?

Ya Allah, Engkaulah pemilik hati-hati kami. Engkaulah Tuhan yang membolak balikkan hati-hati, teguhkanlah hati-hati dan jiwa-jiwa kami untuk sentiasa berpegang teguh pada agamaMu dan ketaatan di jalanMu. Berilah kekuatan kepada kami untuk kami tetap ‘tsabat’ di jalanMu sehingga kami menemui antara dua kebaikan samada kemenangan di dunia atau kami gugur di jalanMu untuk mendapatkan syurga dan kenikmatan di sisiMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen


*Perkongsian drpd :

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

Wednesday, June 15, 2011

Stress?? Bring It On !!!



Assalamua'alaikum w.b.t
To all my beloved friends
You're invited to our last Women Issues 4 this sem..
Learn how to cope your stress according to Islamic way..
Don't miss it..
Spread goodness to others..
See you there.. (^^,)

*for sisters only


Friday, June 3, 2011

Ada Apa Dengan Usrah...?

Usrah...apa tu? Kenapa mereka berkumpul dalam bulatan & apa yg mereka sedang buat? Wajib ke kita masuk benda2 ni? Tak biasa la.saya segan.. saya xpandai macam mereka..mereka tu semua budak2 agama.. Saya takut la..mereka semua tudung labuh..saya ni orang biasa2 je...x layak nak masuk dgn mereka.. ilmu cetek lagi.. baca Quran pun x betul lagi..

 Itu adalah antara soalan @ alasan yg mungkin terlontar keluar dari lisan mereka yg tidak pernah mendengar perkataan yg berasal dari bahasa Arab ini atau yg tidak pernah mengalaminya. Usrah atau halaqah merupakan term yg mungkin berbeza namun prosedurnya hampir sama. Teringat dahulu ketika awal masuk di matrik, berkumpul setempat di musolla tercinta membentuk satu bulatan kecil diketuai oleh senior, terlontar satu pertanyaan memecahkan kesunyian malam "kak, usrah tu apa ye?" jawapan yg diperoleh.. "Usrah itu asalnya bemaksud keluarga dik". Dalam hati "aah..keluarga..!? apa kena mengena pulak dgn keluarga? emm, tak kisah la..layan je la apa yg akk ni nak buat.."Waktu tu ana sorang je yg xtau maksud usrah..ibarat rusa masuk kampung..huhu..segan pun ada tpi kena tebalkan muka jugak... Setelah selesai.. hati terasa tenang & gembira..utk pertama kalinya mungkin kerana dapat kenal kawan2 baru & berkongsi ilmu yg x pernah terlintas dlm fikiran.



Setelah konsisten & sabar melawan nafsu semata2 nak mghadiri sesi usrah ni, hati telah jatuh cinta & merasakan ini juga kelas yg wajib dihadiri. Tanpanya hati terasa gersang dan kosong. Segala masalah hati, dunia, kemusykilan , dan sebagainya terlerai setelah mengikutinya. Mana tidaknya, dari awal hingga akhir semuanya membincangkan tentang ilmu2 Allah, berbincang mengenai permasalahan umat, mencari penyelesaian mengubah diri menjd yg lebih baik, mendidik diri utk menjalani kehidupan secara Islam yg sebenar. Sayanglah bagi mereka yg mudah merasa jemu  & menjauh darinya kerana sekiranya mereka dapat merasai fadhilatnya, nescaya mereka akan teruskn tanpa terlintas utk berhenti. Kesan daripada usrah tidak akan nampak hanya menghadirinya 2 @ 3 kali, tp ia akan mengambil masa yg panjang kerana disinilah proses pembentukan dalaman seorng Muslim terbina kukuh.

Jika di imbau kembali awal sirah Rasulullah saw bagaimana baginda menyampaikan wahyu Allah, baginda mengadakan perjumpaan dirumah Al Arqam bin Abi Al Arqam, bertemu hanya beberapa orang sahabat yg telah memeluk Islam semata2 utk menerangkan & menyampaikan kalam Allah kepada umatnya. Segala persoalan ditanya & dijawab supaya keimanan di hati menjadi lebih kukuh & lebih merasakan nikmatnya memiliki nikmat Iman & Islam.

Sekadar perkongsian ringkas dari ana..jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang usrah, jgnlah segan2 mendalaminya dengan cara merasainya sendiri. Penampilan bukanlah ukuran dalam mencari cinta Allah, keinginan haruslah kuat demi mencapai apa yg diinginkan. Bersabarlah dalam menyertainya, sentiasalah perbetulkan niat supaya keberkatan diperoleh, semoga kita mampu memiliki & merasai manisnya iman & ukhuwah sebagaimana para sahabat Rasulullah merasainya..

Wallahu'alam..


*Jazakumullahu khayran katsira buat murobbi & x-murobbi ana yg sentiasa bersabar dengan karenah2 ana. Ketahuilah hanya Allah sahaja mengetahui perasaan ana terhadap antunna sekalian..perasaan yg tidak dpt diungkap dgn kata2 & perbuatan namun terasa gelombang auranya di dalam hati.. Sesungguhnya imbalan Allah lah yg menjadi idaman antunna & mudah2an antunna memperolehnya di syurga nnti.. amin..

Wednesday, June 1, 2011

Apakah Erti Kejayaan Seorang Muslim..?




Assalamua'alaikum wbt.

Apakah makna sebenar kejayaan seseorg itu?
Adakah ckup hanya sekadar memiliki segulung ijazah, result 4 flat, aktif dalam persatuan, dikenali orang ramai, atau perkara2 lain yg mungkin org lain xmampu utk mencapainya.

Insya'Allah marilah sama2 kita mengisi masa lapang & mengetahui kebenaran disebalik makna sebuah kejayaan dgn mghadiri majlis2 ilmu yg mana disana insya'Allah tidak ada melainkan para malaikat saling berkumpul &menerbangkan sayapnya hingga ke langit, makhluk2 lain yg bertasbih & berdoa kepada pencinta ilmu, serta ingin tergolong dalam kalangan org2 yg dibanggakan Allah di hadapan para malaikat yg mulia. Amin..

*Terbuka kepada semua warga IIUM
*Utk pahala tambahan, boleh ajak kawan2 skali (n_n)
*Sebarkanlah kebaikan..

Wallahua'alam.

Tuesday, May 24, 2011

Konsert Amal..


Assalamu'alaikum wbt.
Insya'Allah konsert amal akan diadakan di Main Auditorium IIUM pada Ahad ini bersamaan 29/5/11. Hasil kutipan jualan tiket akan digunakan untuk aktiviti2 di bulan Ramadhan. Semoga keberkatan & keberkahan bulan Ramadhan dapat kita rasai bersama di dunia mahupun di akhirat.
"TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA."
Suka untuk dikongsikan firman Allah SWT di dalam Al-Quran
surah Al-Baqarah : 261-269

261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

262. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

263. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.

264. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir

265. Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.

266. Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya

267. Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

268. Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.

269. Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

*Semoga kita dapat mengambil pelajaran berdasarkan saranan Allah untuk kita terus berinfaq (menderma) kerana kebaikan2 yang diperoleh bukanlah kepada Allah kerana Allah sama sekali tidak perlukan kita, tetapi Allah lah yang telah membantu kita untuk mendapatkan kebaikan & kepentingan kita sendiri. Apa lah sangat yang nak dibandingkan dengan rm 5 berbanding dengan nikmat2 lain yg Allah telah kurniakan tanpa perlu dibayar sesen pun.

34. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
[Ibrahim : 14]

Wallahu'alam..

Thursday, May 19, 2011

Ummi..



Assalamu'alaikum..
All IIUM students are invited to join us..
*For sisters only  (^_^)

Thursday, May 12, 2011

Percutianku..

بسم الله الرحمن الرحيم
17 April 2011

          Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi keizinan utk hamba ini merantau jauh dibumiNya yang tidak terkira keluasannya. Hampir 3 minggu merentasi semenanjung Malaysia & negara jiran menimba ilmu, pengalaman, & melihat kondisi masyarakat yg berbeza dari segi  tahap pemikiran, ekonomi, pemahaman, & hidupan luar bandar. . Percutian semester byk dihabiskan dgn aktiviti luar rumah..Minggu pertama dihabiskan dgn rombongan ke Padang, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Segala kelengkapan , penginapan , & pengangkutan telah disediakan oleh pihak disana. Berkesempatan melawat Universitas Andalas, Lobang Jepang, Jam Gadang Bukit Tinggi, Pesantren, pantai, & lain2 lagi. Kesusahan yg di hadapi oleh rakyat disana menyebabkan kehidupan mereka lebih maju berbanding kita dari segi pemikiran & kematangan hidup. Mungkin kita mengenali Indonesia sebagai salah sebuah negara yg paling byk mengamalkan rasuah, namun ia disebabkan beberapa pihak yg terlalu mementingkan keduniaan semata. Bagi rakyat yg sedar akan korupsi ini, mereka terus bangkit melahirkan semula generasi Islam yg dahulunya pernah bertapak di bumi yg dikenali antara negara yg paling ramai org Islam di dunia.

          Setelah pulang dari Indonesia,percutian disambung di kg halaman selama seminggu & kemudian pengembaraan hamba bermula semula dari Kelantan menuju ke Selangor dgn menaiki kereta api yg memakan masa lebih dari 12jam. Kebiasaan menaiki kenderaan ini mendidik diri utk berdikari apabila keseorangan & bersabar dlm menempuh ujian kebaikan.Kelewatan kereta api menyebabkan ana hampir terlewat menghadiri meeting yg bermula jam 10 pagi Isnin & ertemuan berakhir selepas Asar.  Malam keesokan harinya ana bertolak ke Sungai Petani, Kedah bersama teman ana utk mghadiri program bersama adik2 yg berada disana Ini merupakan pertama kalinya kami melawat ke Kedah & pertama kali menaiki kereta api ke sana. Destinasi yg ingin dituju adalah Madrasah Nurul Hidayah, merupakan pondok di Kg Tembak disana. Dikenali sbg tempat last choice bg mereka yg xdpt memasuki sekolah kerajaan. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam bersama 6 org teman ana yg lain. Kami bersama adik2 yg umurnya seawal 11-20 tahun & hanif2 wajahnya. Sepanjang berada disana, pelbagai aktiviti yg dijalankan spt sedikit pengisian, games, persembahan dan lain2..kelihatan beberapa permata yg harus digilap kilauannya & insya'Allah mampu utk menyinari alam  yg fana ini dgn keindahan Islam yg sebenar. Kepulangan kami diiringi tangisan & harapan akan kedatangan kami kesana lagi... Insya'Allah dik..

          Kemudian Jumaat petang kami tiba di Selangor dgn menaiki bas dari Baling sambil menyiapkan persiapan utk ke Negeri Sembilan kerana disana juga ada program yg memerlukan keberadaan kami disana. Perjalanan diteruskan selepas Asar ke sana & mmbantu apa yg patut hingga lewat malam. Akhawat tercinta byk membantuku saat suka & duka..Semoga Allah membalasnya dgn imbalan yg lebih baik..Tidak lupa adik2 disana yg turut membantu kami menyumbang tenaga...Sekembalinya dr sana, kami masih lagi menyiapkan beberapa perkara utk ke Melaka pagi keesokkannya. Destinasi ni adalah bertujuan memenuhi jemputan walimatul urus drpd senior kami. Pagi sabtu tersebut, 2 buah bas tersedia membawa kami kesana, perjalanan ke rumah pengantin perempuan mengambil masa kira2 3 jam disertakan dgn tersesat..huhu..

        Tiba sahaja disana, terlihat sekumpulan kaum muslimin berpakaian jubah putih berserban sedang menunggu giliran utk mnjamu selera.Terasa tenang melihat mereka krn setelah diberitahu, mereka merupakan anak2 yatim yg tahfiz semuanya. Buat pertama kalinya ana menziarah walimatul urus yg berlandaskan syariah Islam. Alunan selawat & nasyid dinyaringkan oleh para tahfiz, hadiah buat tetamu disertakan dgn ma'thurat dan muffin, pengantin bertudung labuh berhias indah tampak putih suci pada pakaiannya, kawasan makanan diasingkan bagi kaum Hawa & kaum Adam, kesederhanaan dalam berbelanja..subhanallah.. Impikan perkara yg sama dimasa akan datang.. penuh dgn barakah, ni'mat makanan terhidang hingga tidak jemu w/pun beserta dgn sekadar ais sirap merah. Semoga hidup kalian berdua mendapat keberkahan & rahmantNya hingga ke Syurga..Dalam perjalanan pulang ke kampus, kami diberi kesempatan yg ada utk melawat tempat2 yg bersejarah, cenderahati tidak ketinggalan utk diberikan kpd org yg tersayang. Semoga hati yg menerima terasa gembira dgn pemberian yg kecil itu..

Terima kasih Allah.. (^_^)

Sunday, May 1, 2011

Rintihanku..

Jauh perjalanan
Telahku jelajahi
Membawa seribu impian
Berbekal pengalaman
Mampukah aku melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah ada
Sinar yang menanti

Masa dijanji pasti tiba
Ku kan dijemput ke sana
Bimbang langkahku terhenti
Ku terpaut dipersimpangan
Tak ingin ku mengingati
Detik hitam semalam
Tinggallah semua
Menjadi kenangan

Kerana Mu kan ku gagahi
Untuk terus sisa hidup ini
Biar ku tebus segala dosa
Selagi jasad bernyawa

Leraikanlah resah hatiku
Padaku hanya Engkau yg satu
Belum pernahku terasa
Hebatnya cinta Mu

Sesungguhnya Engkau mengerti
Apa tersirat di dalam diri
Ku mohon rasa kasih yang abadi

Jujur ikhlaskah diri ini
Menyintai Mu sepenuh hati
Ataukah sekadar bila diuji
Rahmat & kasih Mu tiada sempadan
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai godaan


**********

"Jujur ikhlaskah diri ini menyintai Mu sepenuh hati..? atau sekadar bila diuji.."
Persoalan yg jarang difikirkan oleh manusia terutamanya diriku sendiri.. kadang2 hati risau mengenangkan hidup ni masih byk lagi amalan yg belum dilakukan.. byk lagi hak2 yg belum ditunaikan.. selalu memikirkan kesenangan hidup.. teringat satu kata2 yg terasa spt satu amaran..

"jika kamu merasa aman di dunia, kamu akan merasa azab di akhirat.. jika kamu merasa siksa di dunia, syurga menanti mu di akhirat"..

Apa amalan yang telah aku buat utk dipersembahkan pd Allah nnti..?
Apa yg telah aku sumbangkan utk terus tegakkan kalimah Allah sedangkan Allah terus menerus mengurniakan ni'matNya pdku tanpa perlu dibayar satu sen pun..?

Ya Allah..maafkanlah hambaMu yg sering terleka dgn dunia..
Jadikanlah ni'mat yg dikurniakan sbg jalan utkku lebih dekat & jdi hamba yg lebih bersyukur pd Mu.. Jgnlah jdkanNya sbgai tanda kemurkaanMu atas kealpaanku..
Ya Allah peringatkanlah ku dgn azabMu..supaya aku terus sedar & sedar akan kesalahanku..
Ya Allah..smoga rahmat & kasih sayang pd hamba2 Mu berpanjangan hingga ke syurga nnti..Amin ya Allah..



*Jazakillah buat ukhti Farah yang berkongsi nasyid ini.. mampu menyentuh hatimu & hatiku jua.. mengenangkan daku pd peristiwa di matrikulasi..smoga persahabatan kita sentiasa diselimuti dgn kasih sayang Allah SWT..amin..

Saturday, April 30, 2011

"AKU MAHU KELUAR TARBIYAH..!!!"

“Ustadz, dulu ana merasa semangat dalam dakwah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh.” Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam.

Sang murabbi hanya terdiam, mencoba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. “Lalu, apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu?” sahut sang murabbi setelah sesaat termenung.

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, ana mendingan sendiri saja…” jawab mad’u itu.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

“Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat bobrok. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna dalam.

Sang mad’u terdiam berpikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat. “Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” sang murabbi mencoba memberi opsi. “Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan hiu datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?” serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad’u.

Tak ayal, sang mad’u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kadung memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya. “Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?” Pertanyaan menohok ini menghujam jiwa sang mad’u. Ia hanya mengangguk.

“Bagaimana bila temyata mobil yang antum kendarai dalam menempuh jalan itu temyata mogok? Antum akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu tergeletak di jalan, atau mencoba memperbaikinya?” tanya sang murabbi lagi.

Sang mad’u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, “Cukup ustadz, cukup. Ana sadar. Maafkan ana. Ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat medali kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan…”

“Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Ana akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana”, sang mad’u berazzam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya.

Sang murabbi tersenyum. “Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah.”

“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta’ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”

“Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” sambungnya panjang lebar. “Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da’i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi
masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.”

“Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!” Sang mad’u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bergelayut dihatinya.

“Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kapasitas ana yang lemah ini?” sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

“Siapa bilang kapasitas antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kapasitas yang berbeda. Namun tidak ada yang bisa menilai, bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!” sahut sang murabbi.

“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sebuah isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya.”

Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad’u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad’unya yang lain dari asyik tidurnya.

Malam itu, sang mad’u menyadari kekhilafannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama’ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang diharapkan dari Antum/antunna yang membaca tulisan ini.. Insya Allah kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini.. Dalam samudera tarbiyah ini..

Wallahu a’lam.

sumber: Majalah Al-Izzah, No. 07/Th.4 (dengan perubahan seperlunya)

*dipetik dari rangkai mesej PENEBAR TAUSIYAH.


****************

Assalamua'alaikum wbt..
Suatu ketika dahulu..di awal waktu memasuki dunia pentarbiyahan, pernah terlintas di benak pemikiran utk meninggalkan jalan ni. Dek kerana kurang mengerti, iman yg masih lemah, ujian yg sering mendatang..mendorong diri utk memihak pd pilihan nafsu.. Alhamdulillah segala puji bgi Allah yg telah menarik balik apa yg terlintas utk tdk terus meninggalkannya, tp memberi sedikit ruang & waktu utk lebih mengenalinya.. tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dgn tarbiyah.. tarbiyah mengenalkanku erti kasih sayang..tarbiyah mengajarkanku erti pengorbanan..tarbiyah memperlihatkanku dunia Islam..tarbiyah juga menjelaskanku erti perjuangan..ya..Islam sama sekali tidak perlukan kita, kerana pastinya Islam akan menang dgn bantuan Allah SWT..tp kita yg sebenarnya sgt2 memerlukan Islam utk meraih syurga yg abadi..syurga yg xkan mampu dimiliki melainkan dgn izin & rahmat Allah taala..
Buat akhawat yg disayangi fillah..nasihatilah diri ini sentiasa kerana diri ini masih lgi belum kuat utk berdiri sendiri.. betulkanlah dikala tersalah..tariklah dikala menjauh.. pandulah ke jalan yg lurus dikala tersasar..maafkanlah atas kesilapan yg dilakukan.. doaku smoga kita terus tsabat & diberi kekuatan dlm meniti jalan ini.. Moga perasaan yg lahir dri hati adalah kerana Allah taala..

Wallahu'alam..

Thursday, April 28, 2011

Salam Perkenalan..


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji besar-besaran buat Allah SWT kerana dgn limpah kurnia serta rahmatNya, yg telah mengurniakan diri ini ni'mat yg paling besar iaitu Allah ialah Tuhanku, Islam agamaku, iman dihatiku, kesihatan yg baik, akal yg waras, serta rezeki yg berpanjangan & pelbagai ni'mat lain yg xkan dpt dihitung wpun ditulis dgn air sebanyak lautan. Selawat & salam buat kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita serta kaum kerabat & para sahabat baginda.

Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti, tahun menghampiri usianya,
akhirnya tercapai juga hasrat utk mewujudkan blog sendiri. Mohon maaf buat saudara-saudara ana yg ternanti2 ingin menjenguk blog kepunyaan sendiri. Bukanlah sengaja ingin mengecewakan, jauh sekali untuk menyakitkan hati, cuma waktu tidak begitu mengizinkan. Ana bukanlah berhati seni, mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang penulisan blog ini nanti. 

Sedikit pengenalan tentang diri, ana berumur dalam lingkungan 20-an.
Sekarang masih lagi menyambung pelajaran di Tahun 2 di sebuah IPTA di Malaysia .
Kewujudan blog ini hanyalah sekadar perkongsian sedikit ilmu yg diperoleh dari Allah &
pengalaman hidup dgn pelbagai jenis ragam manusia yg Allah kurniakan utk mendidik diri.
Semoga setiap apa yg tertulis mampu utk memperingatkan diri serta memberi manfaat kpd yg lain..

Wallahu'alam..