RSS

Tuesday, July 26, 2011

Jom Kenali Mereka



Bismillahirrahmanirrahim..

Video di atas adalah berkisar tentang antara beberapa drpd sahabat2 Rasulullah s.a.w. yg telah di jamin oleh baginda yg akan dimasukkan ke dalam syurga kelak, Jaminan di beri adalah setimpal dgn kekuatan keimanan & kesungguhan menegakkan kalimah Allah serta sanggup mengorbankan apa saja demi sama ada diri, harta, keluarga, & kemahuan duniawi demi kerana Allah semata.

Berikut adalah nama2 10 org para sahabat yg telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w di akhirat kelak :

1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar Al-Khattab
3. Uthman Bin Affan
4. Ali Bin Abi Talib
5. Thalhah Ubaidillah
6. Zubair Al-Awwam
7. Abdurrahman Bin Auf
8. Saad Bin Abi Waqas
9. Ubaidah Amir Bin Al-Jarrah
10. Said Bin Zaid

Sunday, July 24, 2011

Pesanan Ringkas

24 Julai 2011, 05:51:26 AM

Assalam akhawatfillah, semoga tetap berada dalam kemanisan iman kepada Allah. Semoga setiap dari antum berbahagia di samping keluarga tercinta. Cintai dan doalah keluarga antum kerana mereka menantikan tangan-tangan antum untuk memimpin mereka..hanya seminggu lebih lagi kita semua akan melangkah ke dalam ruh Ramadhan. Bagaimana persiapan menyambutnya? Banyakkanlah tilawah, tahajud, dan zikir padaNya, agar nanti ruh Ramadhan tetap segar & manis meresap ke dalam relung jiwa antum. Berdo'alah pada Allah, semoga urusanmu dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.


Mesej ringkas yg disampaikan namun penuh dengan makna yg mendalam..

"Dan Dia (Allah) yg mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia MAha Perkasa Maha Bijaksana" [Al-Anfal : 63]

Jazakillah ya ukhti..

Friday, July 22, 2011

Forum Istimewa..

Bismillahirrahimanirrahim..

Alhamdulillah, semalam selamat tiba di rumah kakak setelah hampir 2 minggu tinggal di surau & 1 minggu menumpang bilik kawan..huhu.. itu pun setelah di minta keluar oleh pihak berkuasa dari surau.. Ujian-ujian..tpi ana suka, ia ibarat mewarnai lagi hidup ana..hehe..
Sepanjang 3 minggu bercuti di kampus, macam2 perkara yg berlaku, pelbagai program telah berjaya dilangsungkan & insyaAllah moga ia mampu memberi pelajaran & manfaat utk diri sendiri..emm, antara perkara yang ingin di kongsi ialah

Wacana Tarbawi Bersama NAIB MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN


Segala puji bagi Allah SWT yg berkuasa dalam menahan & memberi rezeki kpd siapa yg dikehendaki.. Dengan izinNya, ana diantara ratusan insan yg turut sama menghadiri forum bersama Syeikh Jum'ah Amin, Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin (IM). Beliau mengenali Hasan Al-Banna, pengasas IM sewaktu berusia 15 tahun. Dikalangan audience tidak kira usia tua & muda, pelbagai bangsa malah turut hadir mereka yang dari luar negara, semata-mata mahu melihat tokoh Islam dunia Arab yg masih lagi muda hatinya wpun zahir nampak tua. Kesempatan waktu yg diberi selama hampir 3 jam tidak disia2kan bagi mereka yang mengenali Ikhwanul Muslimin kerana ini boleh dikatakan peluang keemasan utk melihat sendiri pemimpin yang berpengalaman dalam menarbiyah masyarakat umumnya. Suka ana utk berkongsi inti pati yang diperoleh drpd forum ini.

Di awal kalamnya,beliau mengatakan betapa bahagianya beliau bertemu dgn manusia yg berlainan negara namun bertemu atas dasar 1 akidah yg sama. Ia mengingatkan beliau akan masyarakat Islam yg pertama iaitu Abu Bakar dari kaum Quraisy, Salman dari Parsi, & Bilal dari Habsyah. Mereka adalah para sahabat yg dipertemukan oleh Allah hanya kerana mereka memperjuangkan akidah yg sama.Islam itu tidak akan tertegak secara individu, namun ia bergerak secara berjemaah & syumul. Di sentuh juga tentang kondisi Mesir sewaktu Imam Syahid Hasan Al-Banna (HAB) masih hidup, ramai di antara mereka yg melakukan pelbagai jenis ibadah, namun tiada satu pun gerakan yang bangkit memerdekakan negara. Sekolah2 yang ada tidak membina masyarakat & tidak berkualiti serta ajaran mengkristiankan manusia berleluasa. Dengan keadaan begitu teruk, HAB mengambil langkah dalam mendidik setiap individu & melahirkan mereka yg sanggup utk mengubah diri mereka sendiri. Jadilah hamba2 Allah yg mengabdikan diri pada Allah sblm mnjadi pemimpin. Ia juga menekankan amalan2 sunat Rasulullah seperti beristighfar 70-100x setiap hari,Qiyam sekurang-kurangnya 2 rakaat, & membasahi lidah dgn zikir ma'tsur. Ia adalah langkah dalam rangka membina peribadi generasi rabbani & iklhas.

Kunci utama sesuatu kejayaam yg diredhai ialah kedekatan hati seorang hamba kpd Penciptanya. Saudara ukhuwwah adalah iman, HAB memenangi hati manusia dgn kasih sayang yg dicurahkan. Mengurangkan kata2 namun memperbanyakkan amalan. Impiannya adalah ingin membangunkan masyarakat yg banyak sujud kepada Allah SWT.Dan antara kata2 terakhir sebelum beliau menutup perbicaraan, Syeikh Jum'ah Amin berpesan :

"Janganlah kamu bakhil dengan masa & harta kamu utk Allah, janganlah sampai nanti kamu akan digantikan dgn kaum yg lain. Tanda cinta Allah pada hambaNya adalah Allah akan tunjukkan padanya taufik hidayah.."

* itu adalah mgkin sbhgn isi yg dapat ditangkap oleh ana sewaktu forum ini berlangsung. Jika ingin maklumat lebih lanjut, boleh dpatkan rakaman video di youtube. OK..! (^^,)


Wallahu'alam


*Credit utk k.Nuri, K.Asifah, K.Kinah, K.Ummu, K.Ummi, & diri sendiri..hehe..

Thursday, July 21, 2011

Ogos 2000 - #1

Tepat jam 3 petang, kelihatan kelibat lelaki yang berumur 40-an mengandang beg galas yang miripnya seakan beg askar menghala pulang menuju ke rumahnya yang tercinta. Hampir dua minggu dia meninggalkan anak2 & isterinya demi melaksanakan tanggungjawab & amanah yang di terima. Keringat mukanya yang kelihatan penat hilang setelah anak bongsunya,'Aisyah yg berumur hampir 10 tahun.

“Ayahhh…!!!” jerit ‘Aisyah yang kegembiraan setelah melihat ayah kesayangannya pulang berpakaian kemas dgn uniformnya. Di peluk ayahnya sekuat hati ibarat melepaskan segala beban rindu yang ditanggung semasa ketiadaan ayahnya di rumah. Laungan & pelukan di sambut erat oleh sang ayah yg juga merindui satu2 anak perempuannya di dunia ini. Di cium pipinya tanda sayang yang teramat & terpancar kasih seorang ayah yang sebelum ini jarang dizahirkan.

Setelah seketika, ‘Aisyah melihat ayahnya sedang berehat sambil diselubungi rapat dgn selimut & kedengaran juga suara yg mengerang kesakitan. Namanya di panggil oleh sang ayah & meminta supaya menghubungi sahabat baiknya. Setelah beberapa kali mencuba, ‘Aisyah gagal menghubungi sahabat ayahnya itu. Melihat keadaan ayahnya yang semakin kurang stabil, di cari ibunya untuk meminta bantuan. Setelah mendapati ibunya, yang juga berada di luar utk mencari nafkah lebih, di bawa sang ayah ke hospital dalam keadaan yg sgt lemah. ‘Aisyah hanya mampu melihat tanpa memahami apa yg sedang berlaku & dirasakan oleh ayahnya waktu itu.

Setelah pemeriksaan dari pihak hospital, ayah ‘Aisyah di tahan di wad & tidak dibenarkan pulang. Hari berganti hari, ‘Aisyah terpaksa tinggal di hospital utk beberapa malam bergilir2 dgn ibunya demi menjaga & menemani ayah. Abang2nya pula berperanan menjaga keselamatan di rumah. Setelah mendengar nasihat doktor, ayah ‘Aisyah di bawa ke hospital besar di pusat bandar utk dapatkan pemeriksaan & rawatan dari doktor yg lebih pakar. Hasil dari pemeriksaan, sang ayah dinasihatkan utk mendapatkan rawatan pembedahan dgn segera. Ayah diam seribu bahasa, ibu bingung kerana sgt khuatir akan kehilangan ayah jika pembedahan tersebut tidak berjaya. Ahli keluarga dipanggil utk mendapatkan persetujuan, majoriti menolak rawatan pembedahan kerana bimbang akan keselamatan ayah memandangkan kawasan yg ingin di bedah adalah tempat yg dianggap sangat sensitif oleh mereka iaitu pada bahagian otak. Keputusan tersebut menambahkan bebanan kesakitan ditanggung oleh sang ayah.

Pada suatu hari, si ayah memanggil anak kesayangannya & meminta anaknya naik di atas katil di hospital. Sepertinya ingin menyampaikan sedikit pesanan. ‘Aisyah yg masih belum memahami keadaan yg sebenar hanya patuh menuruti kata2 ayahnya. Ayahnya meminta ‘Aisyah memicit badan2nya & di samping itu ayahnya berbicara halus.

“Dik, nanti belajar rajin2 ya…sampai ke menara gading…jaga ibu baik2..jaga makan minum,jangan mudah berkongsi air dgn org yang kita x kenal..” tutur sang ayah mengingatkan anaknya. ‘Aisyah hanya tersengih sedangkan gigi depannya telah patah akibat kenakalan anak tersebut.

Beberapa hari kemudian, keadaan tiba2 menjadi kecoh, ahli keluarga di panggil utk berkumpul. Bacaan yasin berkumandang di wad yang di huni ayah ‘Aisyah. Ayahnya tidak lagi mampu bercakap, kedengaran satu suara yg garau keluar masuk dari mulut sang ayah. Bunyi itu adalah hasil daripada tarikan nafas ayah, ada sesuatu yg menghalang kemasukan oksigen ke liang paru2nya. Doktor & pembantunya cuba sedaya upaya mengeluarkan benda yang menutupi liang pernafasan tersebut. Jika di lihat aksi mereka ketika itu seperti menambahkan lagi kesakitan ayah. Tiub yang panjang dimasukkan ke dalam kerongkong ayah utk mengeluarkan benda yg kelihatan seperti cairan kahak. Setelah dilakukan berkali2, adik kepada ayah meminta doktor menghentikan perbuatan tersebut kerana kelihatannya kurang membantu & merasakan lebih menyakitkan ayah.




Doktor akur dgn permintaan adik ayah. Bacaan yasin terus berkumandang, ‘Aisyah hanya melihat di sisi. Ibunya hampir2 pengsan melihat kondisi ayahnya namun di tenangkan oleh mak saudara ‘Aisyah. Kemudian datuk ‘Aisyah memanggil adik beradik ‘Aisyah & diminta utk mengajarkan ayahnya mengucap dua kalimah syahadah termasuklah dirinya sendiri. Seperti biasa, ‘Aisyah menuruti arahan yang di beri walaupun dia masih di awang-awangan kerana dia masih belum mampu untuk memahami. Beberapa minit kemudian, mesin yang mengesan denyutan jantung berbunyi senada & panjang. Doktor pantas menekan di bahagian dada ayahnya dgn harapan dapat membantu. Namun setelah beberapa kali percubaan., tiada lagi kedengaran dengusan nafas si ayah. Dengusan itu diganti dengan esakan ahli keuarga yang tercinta. Ibu, kekasih hati ayah hilang pertimbangan & terus tidak sedarkan diri setelah menerima berita yang paling ditakutinya. Keadaan tersebut menambahkan lagi kerunsingan ahli keluarga yg lain. ‘Aisyah masih memandang kaku wajah ayahnya, bibirnya terkunci rapat, kelopak matanya mula terisi dgn air yg entah dari mana datangnya. Terasa satu suasana yang sangat asing dalam hidupnya. Tanpa di sedari, pipinya dibasahi dgn air mata yang jatuh bercucuran tanpa henti. Kedengaran tangisan halus 'Aisyah & teresak-esak seperti menangisnya anak kecil yg kehilangan barang yg paling disayanginya....


akan bersambung..insyaAllah.

Tuesday, July 12, 2011

Sejenak..


Melihat kondisi umat yang semakin sakit dgn penyakit wahn, kadang2 diri terpanggil utk menghulurkan bantuan mengubatinya. Namun,keinginan hanya tinggal keinginan jika iman di hati masih lagi belum utuh dgn Allah yg Esa..

Ya Allah..
perbaikilah akhlaqku dgn mendekatkan hatiku padaMu
(keluhan hatiku)

Monday, July 4, 2011

Mencari hati Yang Hilang..

Hati yang dimiliki manusia merupakan anugerah yang sangat istimewa sehingga ia tidak diberikan pada makhluk yang lain. Sifatnya yg sering berubah menjadikan manusia sukar utk mengawalnya. Kadang2 ia bersifat selembut sutera, kadang2 kekerasannya melebihi batu..Namun hati seorang dai' berbeza dgn hati manusia biasa.

Hati seorang dai' itu sangat sensitif dengan maksiat yang dilakukan jasad. Walaupun dengan hanya sekadar pandangan, ia mampu menghilangkan daya ingatan @ hafalan yg mantap. Tidak cukup setakat itu, serangan halus dari syaitan tidak terlepas dari menggoda seorang dai' untuk tinggalkan jalan yang sedang di lalui. Kesempatan yang ada tidak di lepaskan begitu sahaja tatkala iman seseorang sedang futur. Kadang2 dugaan & ujian yang datang, nyaris mempersalahkan dakwah itu sendiri. Na'uzubillahi min zalik.

Wahai hati2 orang yang sentiasa menyeru kepada Allah, tatkala dirimu dalam kegelisahan, mohonlah keampunan sebenar2 ampunan dari Allah. Mohonlah diberikan petunjuk ke jalan yang benar. Ambillah masa sejenak memikirkan apa yang telah kamu lakukan. Hisablah dirimu, hatimu, lisanmu, sikapmu, perbuatanmu.. Adakah pernah melakukan sesuatu yang kurang elok.. Wahai hati2 mereka yg bergelar dai', janganlah pernah merasakan dirimu lebih hebat dari orang lain. Janganlah pernah merasakan dirimulah yang paling banyak berbuat. Janganlah kamu merasakan kamu adalah orang yang paling soleh. Janganlah pernah merasakan hatimu lebih mulia kerana tarbiyah, kerana perkataan tarbiyah tidak berguna jika dirimu menyimpang apa yang dituntut. Janganlah kamu jadikan pakaian sebagai jaminan untuk selamat dari api neraka, kerana sebaik2 pakaian disisi Allah ialah TAQWA.Janganlah kamu pernah merasakan kamulah orang paling banyak berbakti dikalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Meneliti apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahirkan, & apa yang kamu sembunyikan.

"Dan katakanlah, ' Bekerjalah kamu, maka Allah lihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya & org2 mukmin, dan kamu akan dikembalikan kpd (Allah) Yg Maha Mengetahui Yg Ghaib dan Yg Nyata, lalu diberitakanNya kpd kamu apa yg telah kamu kerjakan. " [9:105]

Wahai hati2 yang dipilih oleh Allah,ketahuilah bahawa jalan dakwah itu sangat panjang & berliku, namun ia penuh barakah dari Allah SWT. Yakinlah bahawa jalan yang dilalui adalah jalan para nabi yang menyeru kepada Allah. Tiada jalan mudah untuk dapatkan ganjaran yang dijanjikan Allah. Ya..Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis..
Maka bersyukurlah hatimu yang dipilih, janganlah sesekali berpaling darinya walau setinggi mana pun ujian yang diterima. Bersangkalah baik pada Allah kerana Dia ingin hadiahkan padamu taman syurga yang menjadi idaman umat yang beriman. Jauhilah menghukum keras dirimu yang pernah melakukan kesilapan, berilah peluang padanya utk berbakti selagi nikmat nyawa belum di tarik. Jagalah imanmu dgn sebaik2nya kerana iman adalah sahabat hati yang terbaik.. Ikatkanlah ia dgn doa dari Allah. Semoga Allah tsabatkan hati2 ini dgn kekuatan iman & hati yg ikhlas berbuat kerana-Nya.. Amin..