RSS

Thursday, April 28, 2011

Salam Perkenalan..


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji besar-besaran buat Allah SWT kerana dgn limpah kurnia serta rahmatNya, yg telah mengurniakan diri ini ni'mat yg paling besar iaitu Allah ialah Tuhanku, Islam agamaku, iman dihatiku, kesihatan yg baik, akal yg waras, serta rezeki yg berpanjangan & pelbagai ni'mat lain yg xkan dpt dihitung wpun ditulis dgn air sebanyak lautan. Selawat & salam buat kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita serta kaum kerabat & para sahabat baginda.

Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti, tahun menghampiri usianya,
akhirnya tercapai juga hasrat utk mewujudkan blog sendiri. Mohon maaf buat saudara-saudara ana yg ternanti2 ingin menjenguk blog kepunyaan sendiri. Bukanlah sengaja ingin mengecewakan, jauh sekali untuk menyakitkan hati, cuma waktu tidak begitu mengizinkan. Ana bukanlah berhati seni, mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang penulisan blog ini nanti. 

Sedikit pengenalan tentang diri, ana berumur dalam lingkungan 20-an.
Sekarang masih lagi menyambung pelajaran di Tahun 2 di sebuah IPTA di Malaysia .
Kewujudan blog ini hanyalah sekadar perkongsian sedikit ilmu yg diperoleh dari Allah &
pengalaman hidup dgn pelbagai jenis ragam manusia yg Allah kurniakan utk mendidik diri.
Semoga setiap apa yg tertulis mampu utk memperingatkan diri serta memberi manfaat kpd yg lain..

Wallahu'alam..

0 comments: