RSS

Thursday, May 12, 2011

Percutianku..

بسم الله الرحمن الرحيم
17 April 2011

          Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi keizinan utk hamba ini merantau jauh dibumiNya yang tidak terkira keluasannya. Hampir 3 minggu merentasi semenanjung Malaysia & negara jiran menimba ilmu, pengalaman, & melihat kondisi masyarakat yg berbeza dari segi  tahap pemikiran, ekonomi, pemahaman, & hidupan luar bandar. . Percutian semester byk dihabiskan dgn aktiviti luar rumah..Minggu pertama dihabiskan dgn rombongan ke Padang, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Segala kelengkapan , penginapan , & pengangkutan telah disediakan oleh pihak disana. Berkesempatan melawat Universitas Andalas, Lobang Jepang, Jam Gadang Bukit Tinggi, Pesantren, pantai, & lain2 lagi. Kesusahan yg di hadapi oleh rakyat disana menyebabkan kehidupan mereka lebih maju berbanding kita dari segi pemikiran & kematangan hidup. Mungkin kita mengenali Indonesia sebagai salah sebuah negara yg paling byk mengamalkan rasuah, namun ia disebabkan beberapa pihak yg terlalu mementingkan keduniaan semata. Bagi rakyat yg sedar akan korupsi ini, mereka terus bangkit melahirkan semula generasi Islam yg dahulunya pernah bertapak di bumi yg dikenali antara negara yg paling ramai org Islam di dunia.

          Setelah pulang dari Indonesia,percutian disambung di kg halaman selama seminggu & kemudian pengembaraan hamba bermula semula dari Kelantan menuju ke Selangor dgn menaiki kereta api yg memakan masa lebih dari 12jam. Kebiasaan menaiki kenderaan ini mendidik diri utk berdikari apabila keseorangan & bersabar dlm menempuh ujian kebaikan.Kelewatan kereta api menyebabkan ana hampir terlewat menghadiri meeting yg bermula jam 10 pagi Isnin & ertemuan berakhir selepas Asar.  Malam keesokan harinya ana bertolak ke Sungai Petani, Kedah bersama teman ana utk mghadiri program bersama adik2 yg berada disana Ini merupakan pertama kalinya kami melawat ke Kedah & pertama kali menaiki kereta api ke sana. Destinasi yg ingin dituju adalah Madrasah Nurul Hidayah, merupakan pondok di Kg Tembak disana. Dikenali sbg tempat last choice bg mereka yg xdpt memasuki sekolah kerajaan. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam bersama 6 org teman ana yg lain. Kami bersama adik2 yg umurnya seawal 11-20 tahun & hanif2 wajahnya. Sepanjang berada disana, pelbagai aktiviti yg dijalankan spt sedikit pengisian, games, persembahan dan lain2..kelihatan beberapa permata yg harus digilap kilauannya & insya'Allah mampu utk menyinari alam  yg fana ini dgn keindahan Islam yg sebenar. Kepulangan kami diiringi tangisan & harapan akan kedatangan kami kesana lagi... Insya'Allah dik..

          Kemudian Jumaat petang kami tiba di Selangor dgn menaiki bas dari Baling sambil menyiapkan persiapan utk ke Negeri Sembilan kerana disana juga ada program yg memerlukan keberadaan kami disana. Perjalanan diteruskan selepas Asar ke sana & mmbantu apa yg patut hingga lewat malam. Akhawat tercinta byk membantuku saat suka & duka..Semoga Allah membalasnya dgn imbalan yg lebih baik..Tidak lupa adik2 disana yg turut membantu kami menyumbang tenaga...Sekembalinya dr sana, kami masih lagi menyiapkan beberapa perkara utk ke Melaka pagi keesokkannya. Destinasi ni adalah bertujuan memenuhi jemputan walimatul urus drpd senior kami. Pagi sabtu tersebut, 2 buah bas tersedia membawa kami kesana, perjalanan ke rumah pengantin perempuan mengambil masa kira2 3 jam disertakan dgn tersesat..huhu..

        Tiba sahaja disana, terlihat sekumpulan kaum muslimin berpakaian jubah putih berserban sedang menunggu giliran utk mnjamu selera.Terasa tenang melihat mereka krn setelah diberitahu, mereka merupakan anak2 yatim yg tahfiz semuanya. Buat pertama kalinya ana menziarah walimatul urus yg berlandaskan syariah Islam. Alunan selawat & nasyid dinyaringkan oleh para tahfiz, hadiah buat tetamu disertakan dgn ma'thurat dan muffin, pengantin bertudung labuh berhias indah tampak putih suci pada pakaiannya, kawasan makanan diasingkan bagi kaum Hawa & kaum Adam, kesederhanaan dalam berbelanja..subhanallah.. Impikan perkara yg sama dimasa akan datang.. penuh dgn barakah, ni'mat makanan terhidang hingga tidak jemu w/pun beserta dgn sekadar ais sirap merah. Semoga hidup kalian berdua mendapat keberkahan & rahmantNya hingga ke Syurga..Dalam perjalanan pulang ke kampus, kami diberi kesempatan yg ada utk melawat tempat2 yg bersejarah, cenderahati tidak ketinggalan utk diberikan kpd org yg tersayang. Semoga hati yg menerima terasa gembira dgn pemberian yg kecil itu..

Terima kasih Allah.. (^_^)

0 comments: