RSS

Friday, June 3, 2011

Ada Apa Dengan Usrah...?

Usrah...apa tu? Kenapa mereka berkumpul dalam bulatan & apa yg mereka sedang buat? Wajib ke kita masuk benda2 ni? Tak biasa la.saya segan.. saya xpandai macam mereka..mereka tu semua budak2 agama.. Saya takut la..mereka semua tudung labuh..saya ni orang biasa2 je...x layak nak masuk dgn mereka.. ilmu cetek lagi.. baca Quran pun x betul lagi..

 Itu adalah antara soalan @ alasan yg mungkin terlontar keluar dari lisan mereka yg tidak pernah mendengar perkataan yg berasal dari bahasa Arab ini atau yg tidak pernah mengalaminya. Usrah atau halaqah merupakan term yg mungkin berbeza namun prosedurnya hampir sama. Teringat dahulu ketika awal masuk di matrik, berkumpul setempat di musolla tercinta membentuk satu bulatan kecil diketuai oleh senior, terlontar satu pertanyaan memecahkan kesunyian malam "kak, usrah tu apa ye?" jawapan yg diperoleh.. "Usrah itu asalnya bemaksud keluarga dik". Dalam hati "aah..keluarga..!? apa kena mengena pulak dgn keluarga? emm, tak kisah la..layan je la apa yg akk ni nak buat.."Waktu tu ana sorang je yg xtau maksud usrah..ibarat rusa masuk kampung..huhu..segan pun ada tpi kena tebalkan muka jugak... Setelah selesai.. hati terasa tenang & gembira..utk pertama kalinya mungkin kerana dapat kenal kawan2 baru & berkongsi ilmu yg x pernah terlintas dlm fikiran.



Setelah konsisten & sabar melawan nafsu semata2 nak mghadiri sesi usrah ni, hati telah jatuh cinta & merasakan ini juga kelas yg wajib dihadiri. Tanpanya hati terasa gersang dan kosong. Segala masalah hati, dunia, kemusykilan , dan sebagainya terlerai setelah mengikutinya. Mana tidaknya, dari awal hingga akhir semuanya membincangkan tentang ilmu2 Allah, berbincang mengenai permasalahan umat, mencari penyelesaian mengubah diri menjd yg lebih baik, mendidik diri utk menjalani kehidupan secara Islam yg sebenar. Sayanglah bagi mereka yg mudah merasa jemu  & menjauh darinya kerana sekiranya mereka dapat merasai fadhilatnya, nescaya mereka akan teruskn tanpa terlintas utk berhenti. Kesan daripada usrah tidak akan nampak hanya menghadirinya 2 @ 3 kali, tp ia akan mengambil masa yg panjang kerana disinilah proses pembentukan dalaman seorng Muslim terbina kukuh.

Jika di imbau kembali awal sirah Rasulullah saw bagaimana baginda menyampaikan wahyu Allah, baginda mengadakan perjumpaan dirumah Al Arqam bin Abi Al Arqam, bertemu hanya beberapa orang sahabat yg telah memeluk Islam semata2 utk menerangkan & menyampaikan kalam Allah kepada umatnya. Segala persoalan ditanya & dijawab supaya keimanan di hati menjadi lebih kukuh & lebih merasakan nikmatnya memiliki nikmat Iman & Islam.

Sekadar perkongsian ringkas dari ana..jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang usrah, jgnlah segan2 mendalaminya dengan cara merasainya sendiri. Penampilan bukanlah ukuran dalam mencari cinta Allah, keinginan haruslah kuat demi mencapai apa yg diinginkan. Bersabarlah dalam menyertainya, sentiasalah perbetulkan niat supaya keberkatan diperoleh, semoga kita mampu memiliki & merasai manisnya iman & ukhuwah sebagaimana para sahabat Rasulullah merasainya..

Wallahu'alam..


*Jazakumullahu khayran katsira buat murobbi & x-murobbi ana yg sentiasa bersabar dengan karenah2 ana. Ketahuilah hanya Allah sahaja mengetahui perasaan ana terhadap antunna sekalian..perasaan yg tidak dpt diungkap dgn kata2 & perbuatan namun terasa gelombang auranya di dalam hati.. Sesungguhnya imbalan Allah lah yg menjadi idaman antunna & mudah2an antunna memperolehnya di syurga nnti.. amin..

1 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said... [Reply..]

Assalamu'alaikum dik ^_^

Allahu Akbar! ' Ketika Cinta BerUsrah '

Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda, " Jadilah kamu seorang yg alim atau org yg belajar ilmu agama, atau org yg gemar mendengar pengajian agama dgn teliti, atau menjadi org yg mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi org yg kelima, yg mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. " (HR Tabrani)

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yg mencintai ilmu dan ahli ilmu, insya'ALLAH

syukran dik :-)
Salam dakwah...