RSS

Monday, July 4, 2011

Mencari hati Yang Hilang..

Hati yang dimiliki manusia merupakan anugerah yang sangat istimewa sehingga ia tidak diberikan pada makhluk yang lain. Sifatnya yg sering berubah menjadikan manusia sukar utk mengawalnya. Kadang2 ia bersifat selembut sutera, kadang2 kekerasannya melebihi batu..Namun hati seorang dai' berbeza dgn hati manusia biasa.

Hati seorang dai' itu sangat sensitif dengan maksiat yang dilakukan jasad. Walaupun dengan hanya sekadar pandangan, ia mampu menghilangkan daya ingatan @ hafalan yg mantap. Tidak cukup setakat itu, serangan halus dari syaitan tidak terlepas dari menggoda seorang dai' untuk tinggalkan jalan yang sedang di lalui. Kesempatan yang ada tidak di lepaskan begitu sahaja tatkala iman seseorang sedang futur. Kadang2 dugaan & ujian yang datang, nyaris mempersalahkan dakwah itu sendiri. Na'uzubillahi min zalik.

Wahai hati2 orang yang sentiasa menyeru kepada Allah, tatkala dirimu dalam kegelisahan, mohonlah keampunan sebenar2 ampunan dari Allah. Mohonlah diberikan petunjuk ke jalan yang benar. Ambillah masa sejenak memikirkan apa yang telah kamu lakukan. Hisablah dirimu, hatimu, lisanmu, sikapmu, perbuatanmu.. Adakah pernah melakukan sesuatu yang kurang elok.. Wahai hati2 mereka yg bergelar dai', janganlah pernah merasakan dirimu lebih hebat dari orang lain. Janganlah pernah merasakan dirimulah yang paling banyak berbuat. Janganlah kamu merasakan kamu adalah orang yang paling soleh. Janganlah pernah merasakan hatimu lebih mulia kerana tarbiyah, kerana perkataan tarbiyah tidak berguna jika dirimu menyimpang apa yang dituntut. Janganlah kamu jadikan pakaian sebagai jaminan untuk selamat dari api neraka, kerana sebaik2 pakaian disisi Allah ialah TAQWA.Janganlah kamu pernah merasakan kamulah orang paling banyak berbakti dikalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Meneliti apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahirkan, & apa yang kamu sembunyikan.

"Dan katakanlah, ' Bekerjalah kamu, maka Allah lihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya & org2 mukmin, dan kamu akan dikembalikan kpd (Allah) Yg Maha Mengetahui Yg Ghaib dan Yg Nyata, lalu diberitakanNya kpd kamu apa yg telah kamu kerjakan. " [9:105]

Wahai hati2 yang dipilih oleh Allah,ketahuilah bahawa jalan dakwah itu sangat panjang & berliku, namun ia penuh barakah dari Allah SWT. Yakinlah bahawa jalan yang dilalui adalah jalan para nabi yang menyeru kepada Allah. Tiada jalan mudah untuk dapatkan ganjaran yang dijanjikan Allah. Ya..Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis..
Maka bersyukurlah hatimu yang dipilih, janganlah sesekali berpaling darinya walau setinggi mana pun ujian yang diterima. Bersangkalah baik pada Allah kerana Dia ingin hadiahkan padamu taman syurga yang menjadi idaman umat yang beriman. Jauhilah menghukum keras dirimu yang pernah melakukan kesilapan, berilah peluang padanya utk berbakti selagi nikmat nyawa belum di tarik. Jagalah imanmu dgn sebaik2nya kerana iman adalah sahabat hati yang terbaik.. Ikatkanlah ia dgn doa dari Allah. Semoga Allah tsabatkan hati2 ini dgn kekuatan iman & hati yg ikhlas berbuat kerana-Nya.. Amin..

2 comments:

AnA MusLiMaH said... [Reply..]

Assalamualaikum ukhti,jazakillah atas hadiah kata2 nasihat...^^,
tepat pada masanya...

(◕‿◕)✿ Ahlia Iman said... [Reply..]

Salam'alaik..

Benar apa yg dinda muslimah katakan, nasihat yg sgt baik, alhamdulillah

teruskan duhai adikku, semoga terus memberi untuk umat.

syukran dik :-)
ma'assalamah..