RSS

Thursday, July 21, 2011

Ogos 2000 - #1

Tepat jam 3 petang, kelihatan kelibat lelaki yang berumur 40-an mengandang beg galas yang miripnya seakan beg askar menghala pulang menuju ke rumahnya yang tercinta. Hampir dua minggu dia meninggalkan anak2 & isterinya demi melaksanakan tanggungjawab & amanah yang di terima. Keringat mukanya yang kelihatan penat hilang setelah anak bongsunya,'Aisyah yg berumur hampir 10 tahun.

“Ayahhh…!!!” jerit ‘Aisyah yang kegembiraan setelah melihat ayah kesayangannya pulang berpakaian kemas dgn uniformnya. Di peluk ayahnya sekuat hati ibarat melepaskan segala beban rindu yang ditanggung semasa ketiadaan ayahnya di rumah. Laungan & pelukan di sambut erat oleh sang ayah yg juga merindui satu2 anak perempuannya di dunia ini. Di cium pipinya tanda sayang yang teramat & terpancar kasih seorang ayah yang sebelum ini jarang dizahirkan.

Setelah seketika, ‘Aisyah melihat ayahnya sedang berehat sambil diselubungi rapat dgn selimut & kedengaran juga suara yg mengerang kesakitan. Namanya di panggil oleh sang ayah & meminta supaya menghubungi sahabat baiknya. Setelah beberapa kali mencuba, ‘Aisyah gagal menghubungi sahabat ayahnya itu. Melihat keadaan ayahnya yang semakin kurang stabil, di cari ibunya untuk meminta bantuan. Setelah mendapati ibunya, yang juga berada di luar utk mencari nafkah lebih, di bawa sang ayah ke hospital dalam keadaan yg sgt lemah. ‘Aisyah hanya mampu melihat tanpa memahami apa yg sedang berlaku & dirasakan oleh ayahnya waktu itu.

Setelah pemeriksaan dari pihak hospital, ayah ‘Aisyah di tahan di wad & tidak dibenarkan pulang. Hari berganti hari, ‘Aisyah terpaksa tinggal di hospital utk beberapa malam bergilir2 dgn ibunya demi menjaga & menemani ayah. Abang2nya pula berperanan menjaga keselamatan di rumah. Setelah mendengar nasihat doktor, ayah ‘Aisyah di bawa ke hospital besar di pusat bandar utk dapatkan pemeriksaan & rawatan dari doktor yg lebih pakar. Hasil dari pemeriksaan, sang ayah dinasihatkan utk mendapatkan rawatan pembedahan dgn segera. Ayah diam seribu bahasa, ibu bingung kerana sgt khuatir akan kehilangan ayah jika pembedahan tersebut tidak berjaya. Ahli keluarga dipanggil utk mendapatkan persetujuan, majoriti menolak rawatan pembedahan kerana bimbang akan keselamatan ayah memandangkan kawasan yg ingin di bedah adalah tempat yg dianggap sangat sensitif oleh mereka iaitu pada bahagian otak. Keputusan tersebut menambahkan bebanan kesakitan ditanggung oleh sang ayah.

Pada suatu hari, si ayah memanggil anak kesayangannya & meminta anaknya naik di atas katil di hospital. Sepertinya ingin menyampaikan sedikit pesanan. ‘Aisyah yg masih belum memahami keadaan yg sebenar hanya patuh menuruti kata2 ayahnya. Ayahnya meminta ‘Aisyah memicit badan2nya & di samping itu ayahnya berbicara halus.

“Dik, nanti belajar rajin2 ya…sampai ke menara gading…jaga ibu baik2..jaga makan minum,jangan mudah berkongsi air dgn org yang kita x kenal..” tutur sang ayah mengingatkan anaknya. ‘Aisyah hanya tersengih sedangkan gigi depannya telah patah akibat kenakalan anak tersebut.

Beberapa hari kemudian, keadaan tiba2 menjadi kecoh, ahli keluarga di panggil utk berkumpul. Bacaan yasin berkumandang di wad yang di huni ayah ‘Aisyah. Ayahnya tidak lagi mampu bercakap, kedengaran satu suara yg garau keluar masuk dari mulut sang ayah. Bunyi itu adalah hasil daripada tarikan nafas ayah, ada sesuatu yg menghalang kemasukan oksigen ke liang paru2nya. Doktor & pembantunya cuba sedaya upaya mengeluarkan benda yang menutupi liang pernafasan tersebut. Jika di lihat aksi mereka ketika itu seperti menambahkan lagi kesakitan ayah. Tiub yang panjang dimasukkan ke dalam kerongkong ayah utk mengeluarkan benda yg kelihatan seperti cairan kahak. Setelah dilakukan berkali2, adik kepada ayah meminta doktor menghentikan perbuatan tersebut kerana kelihatannya kurang membantu & merasakan lebih menyakitkan ayah.




Doktor akur dgn permintaan adik ayah. Bacaan yasin terus berkumandang, ‘Aisyah hanya melihat di sisi. Ibunya hampir2 pengsan melihat kondisi ayahnya namun di tenangkan oleh mak saudara ‘Aisyah. Kemudian datuk ‘Aisyah memanggil adik beradik ‘Aisyah & diminta utk mengajarkan ayahnya mengucap dua kalimah syahadah termasuklah dirinya sendiri. Seperti biasa, ‘Aisyah menuruti arahan yang di beri walaupun dia masih di awang-awangan kerana dia masih belum mampu untuk memahami. Beberapa minit kemudian, mesin yang mengesan denyutan jantung berbunyi senada & panjang. Doktor pantas menekan di bahagian dada ayahnya dgn harapan dapat membantu. Namun setelah beberapa kali percubaan., tiada lagi kedengaran dengusan nafas si ayah. Dengusan itu diganti dengan esakan ahli keuarga yang tercinta. Ibu, kekasih hati ayah hilang pertimbangan & terus tidak sedarkan diri setelah menerima berita yang paling ditakutinya. Keadaan tersebut menambahkan lagi kerunsingan ahli keluarga yg lain. ‘Aisyah masih memandang kaku wajah ayahnya, bibirnya terkunci rapat, kelopak matanya mula terisi dgn air yg entah dari mana datangnya. Terasa satu suasana yang sangat asing dalam hidupnya. Tanpa di sedari, pipinya dibasahi dgn air mata yang jatuh bercucuran tanpa henti. Kedengaran tangisan halus 'Aisyah & teresak-esak seperti menangisnya anak kecil yg kehilangan barang yg paling disayanginya....


akan bersambung..insyaAllah.

1 comments:

♥ Ahlia Iman ♥ said... [Reply..]

Salam 'alaik...

Sedihla dik, baca kisah ni..teringat pada arwah ayah akak :(

apapun kisah yg menarik, n teruja nak tau kisah seterusnya..tungguuuuu :-)