RSS

Friday, July 22, 2011

Forum Istimewa..

Bismillahirrahimanirrahim..

Alhamdulillah, semalam selamat tiba di rumah kakak setelah hampir 2 minggu tinggal di surau & 1 minggu menumpang bilik kawan..huhu.. itu pun setelah di minta keluar oleh pihak berkuasa dari surau.. Ujian-ujian..tpi ana suka, ia ibarat mewarnai lagi hidup ana..hehe..
Sepanjang 3 minggu bercuti di kampus, macam2 perkara yg berlaku, pelbagai program telah berjaya dilangsungkan & insyaAllah moga ia mampu memberi pelajaran & manfaat utk diri sendiri..emm, antara perkara yang ingin di kongsi ialah

Wacana Tarbawi Bersama NAIB MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN


Segala puji bagi Allah SWT yg berkuasa dalam menahan & memberi rezeki kpd siapa yg dikehendaki.. Dengan izinNya, ana diantara ratusan insan yg turut sama menghadiri forum bersama Syeikh Jum'ah Amin, Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin (IM). Beliau mengenali Hasan Al-Banna, pengasas IM sewaktu berusia 15 tahun. Dikalangan audience tidak kira usia tua & muda, pelbagai bangsa malah turut hadir mereka yang dari luar negara, semata-mata mahu melihat tokoh Islam dunia Arab yg masih lagi muda hatinya wpun zahir nampak tua. Kesempatan waktu yg diberi selama hampir 3 jam tidak disia2kan bagi mereka yang mengenali Ikhwanul Muslimin kerana ini boleh dikatakan peluang keemasan utk melihat sendiri pemimpin yang berpengalaman dalam menarbiyah masyarakat umumnya. Suka ana utk berkongsi inti pati yang diperoleh drpd forum ini.

Di awal kalamnya,beliau mengatakan betapa bahagianya beliau bertemu dgn manusia yg berlainan negara namun bertemu atas dasar 1 akidah yg sama. Ia mengingatkan beliau akan masyarakat Islam yg pertama iaitu Abu Bakar dari kaum Quraisy, Salman dari Parsi, & Bilal dari Habsyah. Mereka adalah para sahabat yg dipertemukan oleh Allah hanya kerana mereka memperjuangkan akidah yg sama.Islam itu tidak akan tertegak secara individu, namun ia bergerak secara berjemaah & syumul. Di sentuh juga tentang kondisi Mesir sewaktu Imam Syahid Hasan Al-Banna (HAB) masih hidup, ramai di antara mereka yg melakukan pelbagai jenis ibadah, namun tiada satu pun gerakan yang bangkit memerdekakan negara. Sekolah2 yang ada tidak membina masyarakat & tidak berkualiti serta ajaran mengkristiankan manusia berleluasa. Dengan keadaan begitu teruk, HAB mengambil langkah dalam mendidik setiap individu & melahirkan mereka yg sanggup utk mengubah diri mereka sendiri. Jadilah hamba2 Allah yg mengabdikan diri pada Allah sblm mnjadi pemimpin. Ia juga menekankan amalan2 sunat Rasulullah seperti beristighfar 70-100x setiap hari,Qiyam sekurang-kurangnya 2 rakaat, & membasahi lidah dgn zikir ma'tsur. Ia adalah langkah dalam rangka membina peribadi generasi rabbani & iklhas.

Kunci utama sesuatu kejayaam yg diredhai ialah kedekatan hati seorang hamba kpd Penciptanya. Saudara ukhuwwah adalah iman, HAB memenangi hati manusia dgn kasih sayang yg dicurahkan. Mengurangkan kata2 namun memperbanyakkan amalan. Impiannya adalah ingin membangunkan masyarakat yg banyak sujud kepada Allah SWT.Dan antara kata2 terakhir sebelum beliau menutup perbicaraan, Syeikh Jum'ah Amin berpesan :

"Janganlah kamu bakhil dengan masa & harta kamu utk Allah, janganlah sampai nanti kamu akan digantikan dgn kaum yg lain. Tanda cinta Allah pada hambaNya adalah Allah akan tunjukkan padanya taufik hidayah.."

* itu adalah mgkin sbhgn isi yg dapat ditangkap oleh ana sewaktu forum ini berlangsung. Jika ingin maklumat lebih lanjut, boleh dpatkan rakaman video di youtube. OK..! (^^,)


Wallahu'alam


*Credit utk k.Nuri, K.Asifah, K.Kinah, K.Ummu, K.Ummi, & diri sendiri..hehe..

2 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said... [Reply..]

Assalamu'alaikum wbt..(~_~)

Allahu Akbar! "Janganlah kamu bakhil dengan masa & harta kamu utk Allah, janganlah sampai nanti kamu akan digantikan dgn kaum yg lain. Tanda cinta Allah pada hambaNya adalah Allah akan tunjukkan padanya taufik hidayah.." tersentuh dengan kata-katanya..Allahu Allah

terima kasih dik, perkongsian yg sgt menyentuh qalbu..

nur.. said... [Reply..]

Wa'alaikumussalam kak.. (*_*)

Allahu Akbar.. Kata2nya yg dtg dari hati insyaAllah mampu menyentuh hati2 yg mendengar..dengan izinNya.. =)